Seni
Menurut
MAJ Beg (1985), seni adalah hasil kraft orang Kota dan kampung, yaitu orang
yang berbudaya. Seni adalah keindahan atau estetik yang turut mengandungi
unsure intelektual. Goethe (dalam Hasim Awang 1998) menyebut bahwa dalam hasil
seni yang dikatakan seni itu terkandung ciri-ciri terpenting dari suatu
peradaban, ciri keseimbangan yang harmonis, ciri kemuliaan dan ciri kemuncak
pencapaian kesan perasaan. Seni menggambarkan perasaan yang menyenangkan
pencipta dan penatapnya. Seni adalah produk suatu budaya manakala budaya adalah
sepsis yang melahirkannya. Seni juga merupakan hasil bangsa atau budaya yang
maju, dan setiap budaya mengahsilkan gaya seninya tersendiri. Justeru hasil
seni itu dapat menggambarkan;
• hubungan manusia dengan alam semula jadi.
• manusia
dengan kepercayaannya dan agamanya, aktiviti seni dan matlamat ‘demi Tuhan’
seperti menyalin sebuah Al-Quran, menggubah lagu nasyid dan sebagainya
• penentuan
pekerjaan seperti petani dan nelayan
• tindak-tanduk
yang ditentukan oleh pihak pemerintah, perdagangan, teknik dan teknologi
No comments:
Post a Comment